Sunday 29 May 2016

Cake Time!! #1 Pavlova

hi guys..
dah lama Mocha tak update blog nie..
ye lah tu kan..
baru sebulan tak update..
ok guys..
before we continue..
jom dengar lagu dulu from ...
Charlie Puth -One Call Away




ok hari nie Mocha nak cerita kat korang semua tentang...



resepi buat PAVLOVA!!!






terliur kan? yumyumyum..
sedap giler pavlova nie...
dah lah senang GILER!!
nak  buat kek nie ...



Anda perlukan:

Meringue Pavlova_ yang putih tu la_:

6 bijii telur ( putih telur sahaja yang diperlukan)

1 cawan (200 gram) gula kastor

1 sudu kecil esen vanila

2 sudu cuka putih

1 sudu tepung jagung/ cornstarch

garam dan gula secukupnya


Hiasan _ baru nampak berselera nak makan_:
Whipping Cream


Buah Strawberi
Buah Kiwi
Buah Blueberi


Cara-cara:
1.Panaskan ketuhar kepada 140C
2.Pukul putih telur dan garam sehingga mereka mula kelihatan berbuih dan kemudian berkilat
3.Pukul gula beberapa sudu pada satu masa sehingga  benar-benar berkilat
( nak tahu betul2 jadi ke tidak, terbalikkkan mangkuk.. kalau tak jatuh maksudnya dah oklah tu)
4.Tambahkan tepung jagung, cuka dan  esen vanila dan kacau laju-laju dengan spatula
5.Letakkan meringue atas kertas baking dalam bentuk bulatan kira-kira 20cms luas
6.Pastikan anda membuat bentuk bulat
7.Dengan teliti letakkan dalam ketuhar dan mengurangkan suhu ke 110C
8.Bakar selama 1.25 jam
9.Setelah ketuhar dimatikan, biarkan sejuk selama 2-3 jam sebelum membuka
10.Untuk dihidangkan,seterusnya terbalikkan meringue yang dah siap tu, letak atas pavlova dengan whipping cream dan buah-buahan

No comments:

Post a Comment